fbpx

Alhamdulillah, tiada kesan sampingan – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham menunjukkan tanda bagus bagi memperlihatkan keadaan dirinya yang sihat sehari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.- Foto FB Noor Hisham

PUTRAJAYA – Hari pertama selepas menerima suntikan dos pertama Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, beliau tidak mengalami kesan sampingan setakat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau menerusi status di akaun Facebook rasminya hari ini.

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini.

“Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan,” katanya.

Semalam, beliau serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama tiga petugas kesihatan lain antara kumpulan pertama menerima vaksin Covid-19 di Malaysia Klinik Kesihatan Presint 11, di sini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, jumlah larutan vaksin yang digunakan hanya 0.3 milileter, manakala jarum yang digunakan juga adalah jarum halus bersaiz 25G.

“Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin Covid-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan ditetapkan.

“Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok. Lindung diri, lindung semua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI