fbpx

[VIDEO] Aksi lelaki ‘solat’ bawah jejambat tarik perhatian pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman sedang menunaikan 'solat' di bawah jejambat berdekatan Kuil Batu Caves semalam.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki mengerjakan ‘solat’ di atas jalan raya telah menjadi bualan netizen selepas klip video itu tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Klip video berdurasi 32 saat itu telah dimuat naik di laman Facebook, Info Roadblok JPJ/ Polis itu telah ditonton lebih 17,000 kali dan dikongsi lebih 60 orang pengguna sehingga pukul 4 petang tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku di bawah jejambat jalan raya berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunaikan solat di bawah jejambat berkenaan sambil ‘dikawal’ oleh beberapa pengguna jalan raya.

Pada masa sama, pengguna jalan raya juga turut memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan dan ada juga terpaksa memperlahankan kenderaan supaya tidak melanggar lelaki berkenaan.

“Kejadian dirakam semalam, info awal yang diterima seorang lelaki tidak siuman solat bawah ‘flyover’ berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.

“Tindakan tersebut membahayakan nyawa, nasib baik orang awam tolong jagakan jalan sehingga dia selesai” kata hantaran itu.

Aksi lelaki itu bukan sahaja menarik perhatian pengguna jalan raya, malah pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen pada hantaran di laman Facebook itu

Rata-rata mereka mendoakan keselamatan lelaki terbabit dan memuji sikap segelintir pengguna yang sanggup bergadai nyawa menjaga lalu lintas ketika lelaki itu ‘solat’.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI