fbpx

Tanpa pakaian seragam, murid dibenar ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa diberi masa untuk menyediakan kelengkapan pakaian sekolah anak-anak, - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

Jelasnya, sebelum ini, KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

“Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di hari ini.

Mengulas lanjut, KPM berkata, dengan kebenaran ini ia membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” ujar KPM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI