fbpx

Sentuhan Amri masih relevan – Kurniawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRI (tengah) yang sudah mencecah usia 40 tahun masih kekal bermain dan kini bersama pasukan Sabah FC pada saingan Liga Super musim ini.

KETUA jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto percaya kehadiran pemain veteran, Amri Yahyah dapat membantu meningkatkan kualiti pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 yang akan bermula 5 Mac depan.

Kata Kurniawan, meskipun Amri kini berusia 40 tahun, kudrat yang ada pada penyerang itu masih lagi ditagih kerana dia boleh memberi impak besar tidak kira di dalam atau di luar padang.

“Amri memiliki pengalaman yang boleh dicurahkan buat pemain-pemain muda kami. Keputusan pihak pengurusan untuk mendapatkan khidmatnya adalah tepat dan saya lihat, tahap kecergasannya juga setanding dengan pemain berusia 20-an.

“Justeru, saya optimis kehadiran Amri ke dalam pasukan tidak hanya tangkap muat tetapi sebaliknya dia akan menjadi role model buat pasukan untuk kekal bersaing di peringkat tertinggi meskipun sudah berusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Sabah kini menjalani saingan pramusim di Semenanjung dan telah mengharungi aksi persahabatan pertama menentang Sarawak United di Petaling Jaya yang menyaksikan keputusan berakhir dengan 1-1.

Mengulas lanjut, pengendali import kelahiran Indonesia itu mahu momentum persiapan pasukan menjelang aksi sepak mula Liga Super menentang Petaling Jaya City (PJ City) 5 Mac depan terus diperkasakan.

“Ini adalah aksi pertama pasukan pada pramusim kali ini dan barisan pemain sudah mula faham dengan corak serta strategi bola sepak yang sedang saya usahakan.

“Walaupun kami hanya mampu meraih keputusan seri, saya anggap ini sebagai permulaan kerana semua harus faham, pemain juga masih belum mendapat kecergasan penuh selepas lama berehat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI