fbpx

37 klinik kesihatan jadi pusat pemberian vaksin di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Petugas barisan hadapan di negeri ini akan mula menerima suntikan vaksin fasa pertama di 37 klinik kesihatan yang menjadi pusat pemberian vaksin, bermula esok.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dianggarkan kira-kira 10,000 dos vaksin diterima negeri ini hari ini dan akan digunakan untuk barisan hadapan yang bertugas.

“Kami belum menerima jumlah kesuluruhan petugas barisan hadapan tersebut bagaimanapun saya menganggarkan kira-kira 10,000 dos vaksin telah diterima di negeri ini untuk fasa pertama.

“Sebanyak 37 buah klinik kesihatan di negeri ini akan terlibat dan petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin berkenaan termasuklah doktor, jururawat, anggota tentera, polis, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Rela, pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pegawai daerah dan ia akan diselaras oleh Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Sementara itu, menurut Menteri Besar, kerajaan negeri juga sedang dalam perundingan bagi menyediakan dewan untuk semasa digunakan pemberian vaksin pada fasa kedua dan ketiga kelak.

“Untuk fasa pertama ini kita menggunakan sebanyak 37 klinik kesihatan. Bagaimanapun, bagi fasa dua dan ketiga nanti kami akan menyediakan dewan dan turut menyiapkan senarai keperluan sebelum dewan dibenarkan operasi sebagai tempat menerima suntikan kelak,” katanya.

Tambah Aminuddin, sebanyak 16 dewan telah dikenal pasti untuk fasa kedua dan ketiga pemberian vaksin di setiap daerah dan Kerajaan negeri juga akan menubuhkan bilik gerakan daerah dan negeri dalam masa terdekat bagi melancarkan lagi proses berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI