fbpx

Rezeki PKP jual cili kisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMILAH menunjukkan Cili Kisor, hasil tangannya yang siap untuk diedarkan dari rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang tinggal di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini mampu meraih pendapatan lumayan dengan jualan cili kisar yang dihasilkannya sendiri.

Jamilah Ujot, 51, mampu tersenyum puas apabila penat lelahnya sebelum ini mendatangkan hasil apabila jualan Cili Kisor Sentuhan Millah mampu menembusi pasaran restoran sekitar Pasir Gudang.

Jelas Jamilah, dalam sebulan ‘buah tangan’ yang dihasilkannya itu dapat dipasarkan mencecah 240 botol dengan pulangan kirakira RM3,000.

“Anak sulung saya, Nazatul Haziqah Abd. Rahim yang beri idea supaya saya buat bisnes dengan menghasilkan cili kisar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu.

“Jualan ketika itu dalam lima ke enam botol sahaja sebulan, awal-awal sebelum dikenali ramai lagi, mula-mula memang rasa malas nak buat sebab tak laku,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, namun selepas usaha anak-anak yang bekerja keras memasarkan produk itu menerusi Facebook dan Instagram, Cili Kisor mula mendapat permintaan tinggi.

Ujar ibu tiga anak itu, saat paling manis adalah apabila cili kisar itu terjual sebanyak 99 botol semasa Ramadan tahun lalu.

“Selepas itu, kami anak beranak terus mengorak langkah memajukan bisnes kecil ini sehingga restoran sekitar Pasir Gudang menggunakan produk kami untuk masakan mereka.

“Mulanya, kami botolkan 600 gram pada harga RM6, kini berwajah baharu dengan botol lebih besar iaitu satu kilogram pada harga RM15,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI