fbpx

PKPD di lokaliti terlibat di Perak, Pahang tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk Setiawan, Perak esok iaitu 24 Februari seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan baki kes positif
di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan serta tiada lagi kes baharu dikesan selepas 17 Februari lalu.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 131 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 26 kes positif telah direkodkan,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan PKPD di Felda Triang 3, Bera, Pahang, sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti tersebut pada esok iaitu lebih awal dari tarikh dijadualkan.

“Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 237 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 11 kes positif telah direkodkan.

“Bagaimanapun, KKM mengesahkan situasi penularan jangkitan di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI