fbpx

[VIDEO] Pemandu Myvi rempuh van dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Myvi dan sebuah van yang terlibat dalam satu kemalangan di Bandar Kinrara, Serdang semalam.

SERDANG – Seorang lelaki cedera parah apabila van dipandunya terbalik selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam satu kemalangan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Perodua Myvi terbabit turut merempuh sebuah kereta Jenis Proton Waja yang berada di bahagian kanan van tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, akibat kejadian tersebut, pemandu van berkenaan kini sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Serdang.

Menurut Azman, siasatan awal mendapati, lelaki yang memandu Perodua Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh van berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Dia (suspek) telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan dan pihak polis akan membuat permohonan reman ke atasnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.

Terdahulu, satu video tular di laman media sosial memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van serta Proton Waja.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI