fbpx

Pekerja Tesco Malaysia tidak akan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengurusan baharu Tesco Malaysia, iaitu Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) memberi jaminan kepada semua kakitangan pasar raya tersebut yang sedia ada bahawa kedudukan mereka­ tidak akan terjejas susulan pengambilalihan berkenaan.

Malah, jurucakap Lotus’s Malaysia memberitahu, pihaknya akan terus menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

“Walaupun dengan adanya pandemik Covid-19, pengguna tetap memerlukan peruncit yang mereka percayai dan barangan keperluan yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

“Oleh itu, kami akan terus memberi yang terbaik untuk pe­langgan.

“Kami akan teruskan usaha untuk menjadi sebuah peruncit pilihan utama yang sentiasa dipercayai oleh para pelanggan dengan menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan melalui semua cawangan serta platform secara online,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat Tesco PLC yang berpangkalan di United Kingdom bersetuju menjual operasinya di Malaysia dan Thailand kepada sebuah syarikat pelaburan Thailand dengan harga RM44.8 bilion.

Minggu lalu, Tesco Malaysia membuat pengumuman menerusi media sosial rasminya yang menyatakan namanya kini ditukar kepada Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat tersebut berkata, semua cawangan dan pasar rayanya di seluruh negara yang masih memaparkan jenama Tesco akan melalui proses penukaran penjenamaan secara berperingkat.

“Kami telah mengenal pasti beberapa buah cawangan untuk dijadikan sebagai projek sulung dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

“Buat masa ini, maklumat berhubung pelaburan untuk proses penjenamaan semula tidak dapat dikongsikan tetapi kami percaya proses ini bakal membawa keceriaan kepada pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI