fbpx

Kilang kertas dikompaun RM10,000 lepaskan sisa buangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelepasan sisa buangan dari sebuah kilang kertas pembuatan kotak susulan kerosakan loji rawatan sisa

KUALA SELANGOR – Kedegilan sebuah kilang kertas bagi pembuatan kotak terus beroperasi walaupun loji rawatan air sisa mereka rosak sehingga melepaskan efluen ke longkang awam mengundang padah apabila dikompaun RM10,000 serta-merta dalam serbuan di Ijok di sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mendapati sisa buangan itu mengeluarkan bau busuk dan keruh yang boleh menyebabkan kacau ganggu.

Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar berkata, ia merupakan pemeriksaan susulan dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Sabak Bernam yang melakukan intipan pada Sabtu lalu.

Katanya, sisa buangan itu sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan mengalir ke Sungai Selangor.

“Hasil semakan mendapati kilang itu telah beroperasi sejak 1999 dengan produknya dipercayai untuk pasaran dalam negara.

“Siasatan awal mendapati premis itu gagal melaporkan kerosakan loji rawatan air sisa untuk merawat air sisa kepada pihak JAS serta menyebabkan pelepasan efluen ke longkang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI