fbpx

Calon sedang duduki SPM ditahan lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang calon SPM yang ditahan berlumba haram di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara tiga pelajar sekolah yang ditahan selepas didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas di sini malam tadi.

Geng rempit berusia 14, 16 dan 18 tahun itu ditahan semasa Op Samseng Jalanan selama lima jam berakhir pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka didapati menunggang secara berbahaya dari Jalan Lahar Kepar ke Kepala Batas sebelum berpatah semula sebaik membuat satu pusingan dengan motosikal masing-masing.

“Mereka didapati membuat aksi ‘wheelie’ dan menunggang sambil melakukan aksi berbahaya di jalan kampung berkenaan.

“Siasatan polis mendapati mereka masih bersekolah di tingkatan tiga dan empat serta seorang sedang menduduki peperiksaan SPM,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI