fbpx

Lebih 33,000 calon duduki SPM di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seramai 33,075 pelajar mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini membabitkan 327 pusat pemeriksaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, seramai 1,097 pelajar pula menduduki Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) membabitkan 10 pusat peperiksaan yang di kawal selia oleh 97 pemeriksaan.

“Bagi calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula seramai 547 orang membabitkan 22 pusat peperiksaan di sembilan daerah di negeri ini yang akan bermula pada 29 mac ini hingga 7 April.

“Semua pusat peperiksaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal, mengimbas suhu dan memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sarapan pagi kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering di sini hari ini.

Ketibaan para pelajar SMK Tengku Menteri seawal jam 6:45 pagi disambut beberapa guru sekolah berkenaan yang turut memastikan calon-calon di sekolah ini mematuhi keseluruhan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Sementara itu, salah seorang pelajar SMK Tengku Menteri, Muhammad Nor Azli Rashdan Idris berkata, beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan ini yang bakal menentukan masa depannya.

“Saya telah mengulang kaji pelajaran sejak penghujung tahun lalu dan sentiasa mengikuti kelas tambahan di atas talian sebagai satu sumber penambahan ilmu bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini.

“Di samping itu, saya juga mengikuti kelas Tuisyen Cikgu Saarani pada sebelah petang selepas tamat sessi pembelajaran di sebelah pagi,” katanya.

Katanya, walaupun peperiksaan SPM kali ini agak berbeza, ia bukan satu alasan untuk tidak memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam menghadapi peperiksaan SPM yang amat penting bagi melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI