fbpx

Pelajar ditahan edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Tindakan seorang pelajar kolej swasta melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak setahun lalu terbongkar apabila ditahan polis di parkir luar Mutiara Vill Persiaran Bistro Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan oleh polis kereta peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada pukul 3.15 pagi.

Beliau berkata, ketika penahanan ke atas suspek, polis telah menemui sepaket plastik lutsinar mengandungi cebisan daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 45 gram.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku terlibat  dengan penjualan dadah jenis ganja sejak sebulan lalu dan menghisap ganja kira-kira dua tahun lalu.

“Suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cyberjaya juga mengaku memperoleh dadah daripada seorang lelaki di kawasan Bangi.

“Nilai rampasan ke atas suspek sebanyak RM 450 dan suspek tidak mempunyai kesalahan lampau,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI