fbpx

Asnaf tinggalkan rumah dalam keadaan kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah transit yang ditinggalkan sebuah keluarga asnaf dalam keadaan kotor di Flat Taman Impian Skudai, Johor Bahru.

JOHOR – Sebuah keluarga asnaf yang mendiami sebuah rumah transit di Flat Taman Impian Skudai, di sini meninggalkan kediaman yang diberi duduk secara percuma oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khirul Nizam Mat Said berkata, keluarga asnaf bersama sembilan anak ini dibantu sejak tahun 2015, ditempatkan di rumah transit di taman berkenaan yang dikendalikan bahagian Baitulmal MAINJ.

Namun, sejak 2017 pihaknya menerima aduan dari jiran sekeliling yang tidak selesa dengan tahap kebersihan keluarga ini.

“Pada tahun 2017, kami menerima aduan dari ketua blok yang menyatakan jiran sekeliling keluarga asnaf ini tidak selesa dengan keadaan tahap kebersihan mereka.

“Sebelum keluarga asnaf ini diberikan tempat tinggal secara percuma mereka telah menandatangani polisi antaranya menjaga kebersihan dan keadaan rumah yang didiami.

“Apabila keluarga ini melanggar polisi kediaman, kami menasihati mereka. Pihak MAINJ tidak boleh menghalau asnaf kerana kami yang membantu mereka,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Khirul Nizam, keluarga asnaf ini antara yang paling lama mendiami rumah transit di kawasan itu kerana keadaan keluarga terbabit yang mempunyai sembilan anak yang kecil dan masih bersekolah.

Menurutnya, pada akhir 2019, kami dimaklumkan ketua blok terbabit bahawa keluarga asnaf ini tidak lagi duduk di rumah transit tersebut. Dan mereka meminta agar rumah dibersihkan kerana berbau terlalu busuk.

“Kami tidak boleh membuang barangan keluarga asnaf terbabit. Dan berusaha mencari keluarga ini, selepas hampir setahun mencari kami bertemu keluarga ini tinggal di kawasan setinggan di Kampung Sepuluh Plentong,”katanya.

Jelas Khirul Nizam, pihaknya percaya keluarga itu telah meninggalkan rumah terbabit selepas tidak membayar bil api dan elektrik sehingga berlaku pemotongan bekalan utiliti itu.

Ujarnya, selepas bertemu dengan keluarga terbabit dan mereka memberi kebenaran, pihak MAINJ membuat kerja pembersihan.

“Apabila diperiksa rumah terbabit banyak kerosakan termasuk pintu, cat, tikar getah dan kemudahan lain.

“Selepas semuanya siap dibaik pulih pihak kami akan memberikan tempat transit itu secara percuma kepada asnaf lain yang layak,”katanya.

Rumah transit ini dibawah bahagian Baitulmal untuk membenarkan asnaf yang layak mendiaminya dengan kos ditanggung MAINJ kecuali bil utiliti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI