fbpx

4,456 kes sembuh, 3,297 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes sembuh masih mengatasi kes baharu dengan  4,456 kes dilaporkan menjadikan sebanyak 249,209 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 3,297 kes dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 283,569 kes.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 3,291 kes penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 33,304 kes.

“Sebanyak lima kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,056 kes,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 209 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI