fbpx

Kang Daniel hidup macam zombie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG DANIEL

PENYANYI Kang Daniel mendedahkan masalah kesihatan yang dialaminya tahun lalu hingga terpaksa berehat selama beberapa bulan daripada sebarang aktiviti seni.

Menerusi temu bual dalam sebuah episod rancangan Radio Star MBC yang bersiaran baru-baru ini, Kang Daniel memberitahu, dia mengalami masalah kemurungan teruk dan gangguan panik yang menyebabkan hilang keyakinan diri.

Ditanya pengacara adakah kesihatannya sudah pulih sepenuhnya, penyanyi berusia 26 tahun itu mengiakan perkara tersebut, namun untuk ke tahap sekarang dia terpaksa mengorbankan sedikit masa.

“Ada satu tahap, saya tidak mempunyai keinginan untuk hidup. Saya kehilangan selera makan dan tidur. Saya terus bertanya pada diri sendiri, kenapa saya yang diuji sedemikian rupa.

“Saya bagai hilang arah dan tujuan dalam hidup. Saya merasa seperti zombie dan bukannya manusia normal,” luahnya.

Kang terpaksa menjalani rawatan khusus termasuk terapi diri untuk memulihkan kembali keyakinan pada dirinya.

“Ada satu hari saya sampai terfikir untuk terus berhenti dan meninggalkan industri disebabkan masalah kesihatan, namun saya bangkit semula secara perlahan-lahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI