fbpx

FAM kongsi agenda terkini dengan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (duduk dua dari kiri) berbincang dengan Muhyiddin (duduk dua dari kanan) mengenai perkembangan bola sepak kebangsaan dan Liga M. Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah Ab. Ghani (kanan) dan Stuart di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berbincang mengenai inisiatif keperluan vaksin Covid-19 buat sukan bola sepak bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan kunjungan hormat semalam.

Pada pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya itu, Hamidin turut memberi maklumat mengenai status dan jadual skuad kebangsaan serta persiapan Liga Malaysia (Liga M) bermula Mac ini kepada Perdana Menteri.

Hamidin berkata, kesudian Muhyiddin meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting dalam menentukan masa depan bola sepak negara di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19 sangat dihargai.

“Kami telah membentangkan dengan lebih terperinci me­ngenai status terkini pasukan kebangsaan serta kalendar perlawanan Harimau Malaya untuk musim 2021.

“Kami turut bentangkan me­ngenai status Liga M berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) susulan pandemik Covid-19. Kami juga membincangkan inisiatif keperluan vaksin bagi memudahkan keluarga bola sepak tempatan meneruskan saingan Liga M musim ini di sebalik kebimbangan terhadap jumlah kes positif Covid-19,” kata Hamidin.

Hamidin turut diiringi delegasi FAM iaitu Naib Presiden FAM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

“Delegasi ini memaklumkan mengenai perkembangan terkini projek pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan (NTC) di Putrajaya.

“Selain itu, kaedah mena­ngani cabaran buat pengendali kemudahan sukan bola sepak dan futsal yang tidak dibenarkan berope­rasi sepanjang pe­nguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dibincangkan,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Hamidin selepas meraih kemenangan tanpa bertanding dalam mengekalkan kerusi selaku Presiden FAM untuk penggal 2021-2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI