fbpx
Gambar hiasan

Scammer menyamar YDP Manjung mahu pinjam wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Pihak tidak bertanggungjawab dipercayai ‘scammer’ dikesan menggunakan gambar Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh dan isteri, sebagai profil di aplikasi WhatsApp sebelum cuba meminjam wang daripada kenalannya.

Perkara itu diketahui Syamsul Hazeman selepas dihubungi seorang kenalannya yang menerima mesej daripada individu tersebut.

Menurut beliau, individu tersebut menghantar mesej kepada kenalannya untuk meminjam sejumlah wang dengan alasan untuk pembayaran perabot di sebuah premis.

“Ada dua rakan menerima mesej tersebut tetapi mereka tidak membuat transaksi seperti diminta sebaliknya terus menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tangkap layar mesej daripada aplikasi WhatsApp daripada individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Syamsul Hazeman untuk meminjam wang.

Beliau berkata, pihak tersebut dipercayai mengambil gambar di profil Facebooknya untuk digunakan pada status WhatsApps ‘scammer’ itu.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat dan mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab tersebut agar tiada yang terpedaya dengan taktik penipuan sedemikian.

Syamsul Hazeman berkata, kejadian itu adalah yang ketiga berlaku dan sebelum ini dia sudah melalui perkara sama pada 2019 dan tahun lalu.

“Scammer yang menggunakan gambar saya akan menyasarkan ahli majlis MPM untuk meminjam wang sejak 2019,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai serta kenalannya agar tidak melayan sebarang permintaan meminjam wang daripada nombor telefon tidak dikenali tetapi menggunakan gambarnya sebagai profil WhatsApp.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI