fbpx
Harga model edisi khas Proton yang dilancarkan pagi tadi.

Proton lancar 4 model edisi khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Proton melancarkan empat model edisi khas secara maya melalui laman Facebook rasminya, Proton Cars sebentar tadi yang menawarkan lebih pilihan buat pengguna.

Model tersebut ialah Proton Exora dan Persona Edisi Hitam, masing-masing ditawarkan pada harga RM67,800 dan RM54,700 manakala Proton Saga dan Iriz R3 Edisi Terhad masing-masing berharga RM42,300 dan RM52,900.

Harga tersebut ialah harga jualan di atas jalan, tidak termasuk insurans dan sah sehingga 30 Jun 2021 dengan pengecualian cukai jualan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata pada pelancaran model edisi khas Proton Saga sempena ulang tahunnya yang ke-35 pada Julai lalu, sebanyak 1,100 unit telah terjual dalam tempoh lima hari.

“Jelas, pelanggan mahukan lebih banyak edisi istimewa kerana ia mencipta memori istimewa buat mereka dan orang tersayang.

“Hari ini kami melancarkan empat model edisi khas yang menampilkan lebih gaya berbanding model sedia ada dan menyediakan lebih banyak pilihan buat pengguna,” katanya.

Keempat-empat model edisi khas itu kini tersedia untuk ditempah di semua pengedar Proton seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI