fbpx

Polis teruskan siasatan Sugarbook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACRYL SANI (kanan sekali) meninjau pelaksanaan SJR di Plaza Tol Setia Alam, Setia Alam, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan siasatan secara terperinci terhadap aplikasi
Sugarbook yang didakwa digunakan mahasiswa di Lembah Klang untuk mencari ‘sugar daddy’.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini bagi melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Kita akan terus siasat dan mengumpul keterangan yang berkaitan untuk melengkapkan siasatan.

“Ia kemudian akan dimajukan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan kelak,” katanya ringkas ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Setia Alam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengasas Sugarbook berusia 34 tahun dibebaskan tanpa reman selepas permohonan ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat.

Penolakan reman itu disebabkan lelaki memberikan aku janji memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan penangkapan suspek beralamat di Pulau Pinang itu dilakukan pukul 4.30 petang semalam di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Setakat ini, sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372 (1) (d) / 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI