fbpx

Pengasas Sugarbook ditahan semula bantu siasatan kes rogol, pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Sugarbook dutahan semula bantu siasatan kes.

SHAH ALAM – Pengasas aplikasi Sugarbook yang dibebaskan tanpa reman ditahan semula bagi membantu siasatan kes rogol dan kegiatan pelacuran, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan itu susulan laporan daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Katanya, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Subang Jaya pada Februari 2019.

“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes 376 Kanun Keseksaan (merogol) dan 372 kanun sama ( kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran),” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun itu dibebaskan tanpa reman selepas permohonan terhadapnya ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat.

Mengulas perkara itu, Fadzil menjelaskan pihak Pengarah Pendakwaan Selangor telah membuat permohonan semakan ke atas keputusan tersebut.

“Permohonan akan didengar di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pukul 9 pagi, esok,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI