fbpx
GAMBAR HIASAN

PDRM pantau rapi pergerakan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat persediaan rapi termasuk jumlah keanggotaan bagi memastikan kelancaran urusan dan aspek keselamatan vaksin Covid-19 yang dijangka tiba di Malaysia pada Ahad ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tumpuan pihaknya merangkumi urusan pergerakan, pemindahan dan penyimpanan vaksin di lokasi yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Katanya, kawalan keselamatan itu akan melibatkan anggota kita sama ada menerusi kenderaan atau bermotosikal.

“Kita mengambil kira dua faktor utama antaranya mengelak vaksin berkenaan dicuri atau disabotaj pihak tertentu.

“Semua Ketua Polis negeri sudah diarah memantau pergerakan urusan dan lokasi penyimpanan atau pengedaran vaksin itu kepada orang ramai kelak,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Setia Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjaga keselamatan vaksin Covid-19 Pfizer daripada mula ia tiba ke negara ini sehingga waktu suntikan.

Khairy dipetik berkata, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer fasa pertama dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Februari ini sebelum disusun dan diedarkan ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin seluruh negara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN