fbpx

Empat lelaki Malaysia ditahan masuk ke Thailand secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang warganegara yang ditangkap di Thailand.

KOTA BHARU – Empat orang lelaki warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand selepas mereka dipercayai memasuki negara tersebut secara haram semalam.

Difahamkan, empat individu itu menyeberangi Sungai Golok dengan melalui laluan tikus di kawasan sempadan sebelum mereka berjaya melepasi kawalan keselamatan kedua-dua negara.

Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan di setakat jalan raya di Salamai, Tak Bai dekat Wilayah Narathiwat kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Katanya, mereka ditahan ketika menaiki kereta jenis Honda Accord yang dibawa oleh dua orang warga Thailand.

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk masuk ke Thailand.

“Keempat-empat suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Wilayah Narathiwat untuk siasatan lanjut sebelum mereka diserahkan kepada pihak imigresen Thailand,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Fandi Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan penahanan keempat-empat individu terbabit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI