fbpx

Bapa tiri disyaki dera kanak-kanak 4 tahun didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Ayah tiri kanak-kanak perempuan empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Halacara Baru, Gemas, 1 Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori simen sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan bagi tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan lanjut, Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan bersetuju agar tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Kosmo! 12 Februari lalu melaporkan seorang lelaki ditahan polis 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas, dekat sini, 1 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa bersama ibu, bapa tiri dan seorang abang di Kampung Halacara Baru, Gemas.

Lelaki berkenaan ditahan selepas rakaman ‘Child Interview Centre’ dilakukan ke atas adik beradik kanak-kanak yang maut berkenaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI