fbpx

Ular tedung selar 20 kilogram sembunyi bawah lantai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya menangkap ular tedung selar seberat 20 kilogram yang bersembunyi di bawah lantai simen sebuah rumah di Kampung Gua di Lipis Pahang semalam.

LIPIS – Seorang lelaki yang baru siap membersihkan kawasan belakang rumahnya terkejut apabila seekor ular tedung selar tiba-tiba keluar daripada bahagian lubang lantai simen rumahnya di Kampung Gua di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Mohd. Ramadan Nordin,43, bernasib baik kerana tidak dipatuk ular berkenaan ketika berada berhampiran lubang itu sebelum menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai APM Lipis, Mohd. Azhar Yusof berkata, seramai lima anggota APM yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menangkap ular tedung selar seberat kira-kira 20 kilogram itu.

“Apabila sampai di lokasi kejadian ular tedung selar yang masuk semula ke lubang berkenaan selepas dilihat pengadu masih berada di dalam lubang antara simen dan tanah di belakang rumah itu.

“Dengan menggunakan peralatan khas iaitu pengepit dan penjerut, ular berkenaan berjaya ditangkap dalam masa kira-kira 30 minit,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar meskipun ular berkenaan bertindak melawan ketika ditangkap tetapi tiada kecederaan melibatkan anggota APM dilaporkan.

Ujarnya, ular berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang jauh daripada kediaman penduduk.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI