fbpx

Rimbunan seperti wanita solat menghadap kiblat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rimbunan seperti wanita solat menghadap kiblat berhampiran Masjid Jerangsang mendapat perhatian orang ramai di Kampung Jerangsang, Lipis.

LIPIS – Rimbunan pokok menyerupai susuk tubuh manusia yang sedang berdiri bersolat berhampiran Masjid Jeransang di sini menarik perhatian orang ramai.

Kewujudan rimbunan seolah-olah seorang wanita bersolat dengan mengadap kiblat itu disedari oleh kebanyakan individu yang datang ke masjid berkenaan.

Ketua Kampung Jerangsang, Halimi Zainuddin berkata, rimbunan seolah-olah manusia sedang berdiri itu disedari sejak pertengahan tahun lalu lagi oleh jemaah masjid berkenaan.

“Sebenarnya ia adalah pokok langsat mati yang ditutupi rimbunan kekacang menjalar yang menyerupai susuk tubuh manusia sedang mengadap kiblat.

“Boleh dikatakan orang ramai yang datang ke masjid sentiasa menegur menyatakan ia macam orang sedang bersolat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Halimi, rimbunan berkenaan berada di atas tanah seorang penduduk kampung yang terletak kira-kira lima meter daripada masjid berkenaan.

“Rimbunan berkenaan nampak begitu jelas seperti tubuh seorang wanita berdiri terutama sekali ketika pencahayaan waktu senja.

“Setakat ini ia hanya mendapat perhatian orang ramai dan tiada aktiviti khurafat yang dilakukan,”ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN