fbpx

Libasan cemburu pedang samurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa empat daripada sembilan suspek ke Balai Polis Kuching selepas satu pergaduhan kelmarin.

KUCHING – Tindakan sekumpulan sembilan lelaki yang bertempur menggunakan senjata tajam termasuk pedang samurai ke­rana berebutkan seorang wa­nita tidak ke mana apabila kesemua mereka diberkas dalam kejadian di Chong Lin Plaza, Green Road di sini kelmarin.

Pertempuran ala filem samseng pada pukul 5 petang itu berlaku selepas salah seorang lelaki tersebut cemburu dengan teman wanitanya berusia 26 tahun yang berkawan dengan individu lain.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu diberkas selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik me­nerima maklumat.

“Mereka bertempur menggunakan parang, rotan dan pedang samurai. Polis yang menjalankan siasatan kemudian telah menahan seorang lelaki pada pukul 12.14 tengah malam tadi (semalam) di sekitar Kuching dan Padawan.

“Soal siasat kemudian telah membawa polis ke beberapa lokasi dan menahan lapan lagi lelaki. Siasatan mendapati pertempuran berpunca apabila salah seorang lelaki berasa cemburu apabila teman wanitanya yang berusia 26 tahun berkawan dengan individu lain,” katanya.

Contoh pedang samurai.

Tambahnya, pertempuran itu mengakibatkan seorang lelaki menerima enam jahitan di kepala akibat dilibas senjata tajam.

“Polis turut merampas beberapa senjata termasuk dua buah kereta,” katanya.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI