fbpx

Hotel mesra muslim berpotensi untuk diteroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hampir 90 peratus daripada hotel di negara ini memiliki kriteria sebagai hotel mesra muslim dan berpotensi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke premis mereka untuk bercuti.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia cawangan Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, pelancong domestik masih memiliki ‘kuasa beli’ yang tinggi untuk membuat tempahan percutian dan peluang ini perlu diberi penekanan oleh pemain dalam industri perhotelan tempatan.

Beliau yang terlibat lebih daripada 14 tahun dalam bidang hotel mesra muslim itu menjelaskan, jika hotel beralih kepada konsep mesra muslim dalam keadaan ekonomi sukar kini maka peluang untuk kembali pulih dan menarik lebih ramai pelancong adalah lebih baik.

“Lebih 61 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat beragama Islam dan nilai statistik itu memberi peluang yang baik kepada pemain hotel tempatan.

“Industri hotel tidak akan ma­ti dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini, tetapi anda (pemain hotel) boleh menceburi seg­­men hotel mesra muslim,” katanya.

Beliau berkata pada sesi perbincangan secara maya bertajuk ‘An Overview Muslim Friendly Hotel’ baru-baru ini.

Razmi yang juga Pengurus Besar Adya Hotel, Langkawi, Kedah menjelaskan, kebanyakan pemain hotel enggan cenderung mengamalkan konsep tersebut kerana mereka tidak dibenarkan menjual minuman keras serta perlu mematuhi garis panduan ‘ketat’ khususnya dalam penyediaan makanan halal di restoran dan hotel masing-masing.

“Kebanyakan mereka melihat garis panduan untuk mendapatkan pengesahan sijil halal daripada Jakim bakal memakan masa yang agak lama, mungkin sehingga enam bulan,” jelasnya.

Tambah beliau, ada juga beberapa kriteria lain yang perlu dipatuhi yang mana kemudahan asas tersebut sudah ada di hotel dan menjadi keperluan serta turut disenangi oleh pe­ngunjung beragama Islam.

“Segala keperluan tersebut tidak melibatkan kos pelaburan yang besar kerana anda (pemain hotel) bukan memohon keperluan untuk menjadi hotel berlandaskan syariah.

“Dapatkan pensiijilan tersebut daripada Pusat Pelancongan Islamik (ITC) dan uar-uarkan kepada pasaran mengenai hotel masing-masing,” jelasnya.

Antara hotel mesra muslim di bawah senarai ITC ialah Adya Hotel, Hotel Grand Bluewave Mo­venpick Hotel & Conventional Centre, Zenith Putrajaya Hotel, Tamu Hotel & Suites serta Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI