fbpx

Ahmad Ruzman pegang jawatan CEO THTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ruzman

PETALING JAYA – Bekas Pengurus Besar (Operasi Domestik) Tabung Haji (TH), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS).

Lembaga TH dalam satu kenyataan berkata, pelantikan yang berkuatkuasa 4 Januari lalu itu selaras dengan usaha TH dalam memantapkan kepimpinan organisasi tersebut.

“Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam Kumpulan TH,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Ruzman memulakan kerjaya di THTS pada tahun 1988 sebagai Pengurus Penerbangan sehingga menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Operasi) sehingga akhir tahun 2020.

Ahmad Ruzman dalam kenyataan sama berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya memastikan kelangsungan
THTS walaupun industri pelancongan sedang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk kembali pulih seperti keadaan sebelum Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI