fbpx

Abdul Hadi kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

PETALING JAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilaporkan berada dalam kedaan stabil selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur malam tadi.

Anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bapanya itu memerlukan rehat yang secukupnya berkemungkinan kerana keletihan berikutan jadual yang padat.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda tuan guru sebentar tadi, keadaan beliau kini stabil dan perlukan rehat.

“Mungkin beliau kepenatan kerana jadual yang padat. Mohon doa daripada semua, semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada pukul 7.50 malam semalam susulan masalah sesak nafas yang dialaminya.

Beliau kemudiannya telah dibawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan susulan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI