fbpx

Pejabat Mufti Wilayah sokong vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mendukung sepenuhnya prakarsa pihak kerajaan menerusi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijangka akan bermula pada penghujung bulan ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, pihak PMWP menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi selaras dengan dasar kerajaan dalam memerangani wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, rentetan daripada timbulnya pelbagai kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung pengambilan vaksin Covid-19, pihak PMWP mengambil inisiatif membincangkan isu ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-2/2021 bersidang pada 11 Februari.

“Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020.

“Antara ketetapannya adalah bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, daripada aspek kepenggunaan, hukum keharusan itu turut diputuskan setelah mengambil kira pendirian tegas pihak kerajaan bahawa hanya vaksin dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sehubungan itu, pihak PMWP ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Keputusan ini dibuat setelah melalui pelbagai proses perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang masing-masing,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI