fbpx

KPT pandang serius isu sugar baby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. AFP

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandang serius pendedahan yang dibuat oleh media sebelum ini berkenaan laman sesawang ‘student programme’ dan laporan dalam Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan perempuan simpanan (sugar baby).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Husaini Omar berkata, pihak KPT juga telah menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data yang telah disiarkan dalam beberapa media.

“Dalam hal ini, pihak universiti menjelaskan terdapat banyak keraguan terhadap data yang dikemukakan dan agak mustahil 45 peratus daripada pelajar sebuah universiti di Lembah Klang terlibat sebagai sugar baby,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, pada 10 Februari lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga telah membuat laporan polis bagi menafikan laporan oleh pihak media.

Walau bagaimanapun, jelas Husaini, pihak KPT bersama-sama dengan pihak Universiti akan menangani isu ini dengan lebih berkesan. Pihak Universiti akan menjalankan semakan dalaman secara terperinci bagi memastikan apa yang dilaporkan oleh pihak media dapat ditangani sebaik-baiknya.

“Pihak KPT juga akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berkaitan agar satu program yang berterusan dan menyeluruh dapat dirangka dalam memastikan sahsiah pelajar dan imej Institut Pengajian Tinggi di Malaysia terjaga,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI