fbpx

Dua ditahan, lima dikompaun ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barang yang dirampas oleh pihak polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan, di kawasan Dataran Mentari, di sini awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Dua individu ditahan manakala lima lagi dikompaun dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di kawasan Dataran Mentari, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketika serbuan pada pukul 1.05 pagi tersebut, polis telah menahan seorang wanita dan lelaki warga tempatan kerana melanggar syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu membuka premis pusat hiburan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Kedua-dua suspek berusia 32 dan 21 tahun itu juga ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang lesen yang sah dalam menjual minuman keras.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis tersebut turut mendapati seramai lima lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 56 tahun dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

“Hasil serbuan itu juga polis telah merampas tujuh botol minuman keras pelbagai jenama serta sejumlah wang tunai lebih kurang RM560.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 296 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 6(1) Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1997,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI