fbpx
AIR ketum dan alat pembesar suara yang dirampas semasa serbuan di sebuah flat di Butterworth awal pagi tadi.

Atendan hospital rentas daerah ke ‘parti’ ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Serami 10 individu termasuk dua perempuan yang sedang berkumpul di dalam sebuah flat di Lebuh Kampung Benggali, Butterworth di sini terkejut apabila diserbu polis awal pagi tadi.

Ops Pematuhan Covid-19 dan Ops Limau kira-kira pukul 1.10 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) itu turut menjumpai sejumlah air ketum.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki berusia 21 hingga 31 tahun serta dua wanita berusia 23 dan 26 tahun.

“Polid merampas enam bungkusan plastik berikat getah yang setiap satu berisi cecair disyaki air ketum, sebotol plastik berisi cecair disyaki air ketum dan satu set alat pembesar suara berwarna hitam.

“Kompaun turut dikeluarkan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu berhimpun untuk aktiviti sosial dan rentas daerah berikutan kebanyakan mereka dari daerah lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati kesemua suspek yang masih bujang itu antaranya bekerja sebagai kakitangan awam, pekerja kilang, penghantar barang dan peniaga serta atendan hospital yang datang dari George Town.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah dan siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam aktiviti itu.

“Mereka juga didapati tidak mempunyai rekod lampau,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI