fbpx

16,162 operasi sanitasi dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Menteri KPKT, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib (dua dari kanan) merasmikan kedai Industri Kecil dan Seserhana (IKS) bekas tentera tidak berpencen Majlis Daerah Maran di Maran hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 16,162 operasi sanitasi awam sejak 30 Mac tahun lalu sehingga semalam dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, operasi itu melibatkan 3,150 pusat perniagaan, 1,827 kawasan perumahan, 3,424 premis awam, 373 pasar raya dan 8,186 bangunan kerajaan.

“Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan akan diteruskan di kawasan yang diputuskan bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

“Operasi sanitasi akan terus digerakkan dengan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes Covid-19 yang terkini,”katanya selepas merasmikan kedai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bekas tentera tidak berpencen Majlis Daerah Maran di sini hari ini.

Menurut Ismail, operasi yang dilaksanakan melibatkan 146 zon iaitu 96 zon merah, 12 zon jingga, 32 zon kuning dan enam zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau memberitahu, antara premis yang disanitasi ialah Ibu pejabat Polis Daerah, balai polis, balai bomba, sekolah kerajaan, stesen pengangkutan awam, pasar awam, rumah ibadat, pasar raya, perumahan awam, sekolah tahfiz, pusat perniagaan dan lain-lain.

“Seramai 158,258 individu ditugaskan untuk kerja-kerja sanitasi yang mana sebanyak 13,032 kenderaan digunakan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN