fbpx

Ustaz Ebit Lew nyata rindu keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew bergambar bersama keluarganya ketika sambutan Tahun Baru Cina semalam.

PETALING JAYA – Satu hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew di laman sosial Facebook miliknya hari ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada pengikutnya.

Hantaran beserta gambarnya bersama ahli keluarga menyambut Tahun Baru Cina bersama ternyata memberikan inspirasi kepada rakyat negara ini walaupun keluarganya berbeza agama.

Ebit berkata, dia cukup merindui keluarganya terutamanya ketika sambutan Tahun Baru Cina tahun ini kerana halangan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Rindu sayang semuanya keluarga saya. Setahun sekali baru dapat bertemu. Ini dah setahun kita tak berjumpa.

“Ramai tahun ni tak dapat bertemu. Semoga tahun depan covid 19 dah tiada, kita semua dapat bertemu semuanya,” ujar Ebit di akaun Facebooknya hari ini.

Tambahnya, bahagia dan kekayaan ialah dapat bersama keluarga yang kita cintai dan sayangi.

“Bahagia sangat rasa. Gong Xi Fa Cai. Xian Nian Kuai Le. Happy Chinese New Year 2021 Selamat Tahun Baru Cina, ” jelasnya lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI