fbpx

Pendaftaran sebagai penerima vaksin perlu elak kesesakan, pembaziran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rakyat di negara ini perlu mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 untuk membolehkan mereka dimasukkan ke dalam sistem pengurusan temujanji yang antara lain bagi mengelakkan kesesakan serta pembaziran semasa program vaksinasi dibuat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai kemudiannya akan diberi tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan berdasarkan butiran maklumat yang diberikan.

“Proses pendaftaran ini merupakan sebahagian daripada proses membuat temujanji bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Kebanyakan negara lain melaksanakan proses vaksinasi Covid-19 berdasarkan kaedah temujanji. Jika orang ramai datang secara tiba-tiba tanpa temujanji, mereka perlu beratur panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter sebagai respons terhadap pertanyaan orang awam mengenai proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19.

Kosmo! Online semalam melaporkan, proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.

Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, orang ramai boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI