fbpx

3,499 kes baharu, 5 kematian; kes sembuh 3,515 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 3,499 kes baharu dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,499 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 261,805 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, satu kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,498 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 51,558 kes.

“Sebanyak lima kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 958 kes.

“Terdapat 3,515 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 209,289 kes,” katanya pada maklumat dimuat naik pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 263 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI