fbpx

TFC bersemangat untuk kembali mulakan latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB RASID yakin TFC akan menyambung latihan yang terhenti dan meneruskan persiapan rapi menghadapi Liga Super serta Piala AFC musim ini.

KEBENARAN berlatih secara berpusat seperti di­umumkan kerajaan bakal memastikan kalendar Liga Malaysia (Liga M) berjalan seperti dirancang.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) Sdn. Bhd., Ab. Rasid Jusoh berkata, kelonggaran itu memberi peluang kepada semua pasukan terlibat meneruskan persiapan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan barisan pemain dan pegawai TFC agar tidak melanggar arahan pihak berkuasa dan mengundang perkara tidak diingini.

“Semua pasukan Liga M sudah menarik nafas lega sebaik kerajaan meluluskan kelonggaran sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seperti pasukan lain, TFC juga akan menyambung latihan yang terhenti dan meneruskan persiapan rapi menghadapi Liga Super serta Piala AFC musim ini,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Ab. Rasid berkata, kebenaran tersebut memberi isyarat industri bola sepak tempatan akan pulih tidak lama lagi selepas terkesan akibat Covid-19 sejak tahun lalu.

Beliau berkata, TFC sudah bersedia untuk menghadapi saingan musim ini yang lebih mencabar.

“Kita harap barisan pemain skuad Penyu boleh mengekalkan momentum dan prestasi terbaik seperti ditunjukkan dalam sesi latihan sejak hujung tahun lalu.

“Keprihatinan kerajaan sangat dihargai selain usaha tanpa henti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam meneruskan kalendar Liga M,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI