fbpx

Polis teliti permohonan rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasuahdi bersama Asmadi (kanan) memeriksa kad pengenalan seorang pemandu pada Program Jeneral Turun Padang di Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

IPOH – Pemeriksaan teliti dilakukan oleh pihak polis bagi memastikan mereka yang memohon kebenaran untuk merentas daerah dan negeri tidak menyalahgunakan kelulusan yang diberikan.

Malah, tapisan untuk memberikan kelulusan dilakukan secara terperinci pada peringkat balai polis iaitu semasa permohonan dikemukakan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali, kebenaran hanya diberi setelah pihak polis berpuas hati dengan tujuan perjalanan tersebut.

Menurut beliau, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kebenaran misalnya untuk pulang ke kampung atau bukan mengikut sepertimana yang dipohon.

“Tidak timbul masalah dalam hal ini kerana kita akan tentukan rentas sempadan sama ada dalam negeri atau pada jarak 10 kilometer yang dibenarkan di mana kita akan buat pemeriksaan teliti.

“Menjelang sambutan cuti perayaan ini juga kita ingatkan orang ramai agar jangan ambil kesempatan untuk sengaja mohon rentas sempadan untuk bercuti atau berjalan-jalan.

“Polis tetap dengan peraturan sedia ada dan buat pemeriksaan teliti dan jika didapati tiada alasan konkrit mereka tidak akan melepasi sekatan jalan raya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa meninjau sekatan jalan raya pada Program Jeneral Turun Padang di Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz.

Program ‘Jeneral Turun Padang’ yang melibatkan pegawai kanan Bukit Aman melawat lokasi sekatan jalan raya adalah untuk melihat aspek penambahbaikan dan kebajikan anggota polis yang bertugas di lapangan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI