fbpx

Mayat lelaki reput ditemui di kawasan kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki lengkap berpakaian yang ditemui di kawasan kebun di Kampung Air Kuning, Changkat Jering hari ini.

TAIPING – Mayat lelaki reput dipercayai meninggal lebih sebulan lalu ditemui di kawasan kebun di Kampung Air Kuning, Changkat Jering di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat lengkap berpakaian itu ditemui seorang lelaki yang juga pemilik kebun selepas menghidu bau busuk di kawasan kebunnya pada pukul 8.45 pagi sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Berdasarkan pemeriksaan, mangsa berkenaan dipercayai telah meninggal dunia lebih sebulan yang lalu.

“Mangsa merupakan penduduk kampung sekitar yang pernah bekerja sebagai anggota tentera dan sering mengambil upah kerja-kerja meracun kebun durian penduduk,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Tambah Osman, mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI