fbpx

JAS Pulau Pinang tahan dua kontena sisa elektrik, elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (kiri) semasa memeriksa sisa buangan elektrik dan elektronik di Pelabuhan Pulau Pinang dekat George Town semalam.

GEORGE TOWN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri menahan dua buah kontena di Pelabuhan Pulau Pinang di sini semalam selepas didapati mengandungi buangan elektrik dan elektronik yang diimport secara haram dari Sepanyol dan Filipina.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab dalam kenyataan berkata, kontena itu ditahan dalam pemeriksaan yang diketuai beliau dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurut beliau, kedua-dua kontena itu ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Notis arahan juga akan dikeluarkan oleh JAS untuk menghantar pulang kontena-kontena ini ke negara asal selaras keperluan Artikel 9(2) Konvensyen Basel berkaitan Kawalan Pergerakan Bahan Berbahaya Dan Pelupusan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, sejak 2018, JAS negeri telah menghantar pulang lebih 100 buah kontena yang mengandungi buangan elektrik dan elektronik serta lain-lain sisa berjadual yang diimport secara haram dari luar negara ke negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI