fbpx

GM Klang dibuka sepenuhnya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GM Klang. pusat borong terbesar negara kini berhasrat menjadi hab perniagaan serantau.

KLANG – Pengumuman terkini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan sektor-sektor ekonomi lain untuk beroperasi kembali memberi nafas baharu kepada para usahawan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Seiring dengan pengumuman tersebut, Pusat Borong GM Klang kini  dibuka sepenuhnya bermula semalam kepada orang ramai.

Menurut Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman, pengumuman tersebut merupakan berita gembira untuk para peniaga di GM Klang.

“Inilah masa yang mereka nantikan untuk memulihkan kembali sumber pendapatan yang telah terjejas sebelum ini.

“Dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada Jumaat ini, orang ramai lebih berpeluang untuk mendapatkan barang-barang keperluan perayaan di saat-saat akhir, berbanding hanya secara dalam talian sebelum ini,” katanya.

Norsuhaida menjangkakan orang ramai akan mula mengunjungi pusat beli belah tersebut dalam masa yang terdekat.

Tambahnya, pihak syarikat juga kini lebih komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat selaras dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) buat para pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI