fbpx

8 lelaki dikompaun termasuk 4 ditahan berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BENTONG – Seramai lapan lelaki dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu serbuan di sebuah restoran di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang itu juga, empat daripada lapan lelaki yang dikompaun berkenaan ditahan kerana kesalahan berjudi mahjong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, berdasarkan maklumat awam polis melakukan serbuan dalam Ops Limau dan Ops Dadu di sebuah restoran

“Setelah sampai di lokasi terdapat empat lelaki yang mengelilingi sebuah meja sedang leka bermain judi manakala berhampiran meja tersebut empat lelaki sedang minum kopi.

“Kesemua lapan lelaki tempatan berumur 49 hingga 79 tahun itu dikompaun kerana melanggar SOP PKP 2.0 iaitu melakukan kesalahan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 manakala empat lelaki yang leka berjudi ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dalam serbuan itu polis turut merampas 146 batu mahjong, 51 cip besar, dua biji dadu, empat kerusi besi, tiga kertas putih dan wang tunai RM311.

Sementara itu, beliau menggesa orang ramai supaya terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI