fbpx
MOHAMAD Mat Yusop turut turun padang mengadakan pemeriksaan kenderaan di SJR Kilometer 10, Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu dekat Jelebu hari ini.

39 dikompaun tiada surat kebenaran rentas daerah, negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Seramai 39 individu dikompaun di negeri ini semalam atas kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa sebarang surat kebenaran.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, mereka sebahagian daripada 1,028 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu.

“Semalam, sebanyak 39 kompaun dikeluarkan yang merupakan kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran. Pada kali ini , tiada lagi arahan berpatah balik sebaliknya terus dikompaun sekiranya mereka gagal menunjukkan surat kebenaran tersebut.

“Mungkin mereka dari Kuala Lumpur atau daerah lain mereka terlepas beberapa sekatan jalan raya (SJR) tetapi apabila tiba di SJR lain mereka tidak dapat membuktikan surat kebenaran tersebut dan kami mengenakan kompaun,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI