fbpx

Ribuan ekor ikan mati di Sungai Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan ekor ikan dikesan mati di Sungai Perai dekat Taman Kimsar, Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Penduduk di Taman Kimsar, Perai di sini terkejut selepas melihat ribuan ekor ikan mati dan terdampar di Sungai Perai semalam.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), P. David Marshel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Satu tinjauan telah dibuat dan kami dapati beribu-ribu ekor ikan telah mati, tetapi tidak diketahui puncanya.

“Namun, pagi ini kami terima maklumat awal berkenaan satu insiden pelepasan air tanpa dirawat ke dalam Sungai Perai oleh sebuah kilang di tepi sungai itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

David Marshel berkata, pihaknya turut membuat satu laporan polis terhadap kilang tersebut supaya pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

“Jabatan Krisis MBSP turut dihubungi untuk mengambil sampel air dan bangkai ikan bagi dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI