fbpx

Kasut bola keranjang Obama dilelong RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut bola keranjang jenama Nike yang direka khas untuk Barack Obama. - Sotheby

WASHINGTON – Sepasang kasut sukan jenama Nike yang direka khas untuk bekas Presi­den Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan dilelong pada harga AS$25,000 (RM101,475), lapor New York Post, kelmarin.

Peminat kasut sukan boleh mencuba nasib membida kasut bola keranjang bersaiz 12.5 AS bermula petang Jumaat ini di laman web baharu rumah lelongan Sotheby, Buy Now.

Kasut sukan berwarna putih mewah itu merupakan salah satu daripada dua pasang yang dihasilkan oleh Nike.

Sepasang lagi kasut sama telah dihadiahkan kepada Obama yang sangat meminati sukan bola keranjang pada 2009, menurut rumah lelongan itu.

“Ini adalah satu-satunya sampel kasut yang direka untuk Obama dan mendapat pengesahan daripada Nike.

“Ia disimpan dalam keadaan baik selama 12 tahun.

“Kasut jenis Hyperdunks khas ini mempunyai Cop Mohor Presiden pada lidah kasut, angka 44 yang disulam di bahagian depan dan 1776 tertulis di tapak dalam,” jelas Sotheby.
Lelongan bagi kasut Nike Obama ini dibuka secara rasmi pada pukul 4.44 petang, Jumaat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI