fbpx

Gelaran Datuk ditarik, Boy Iman mahu jawapan SUK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOY IMAN

PETALING JAYA – “Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran.”

Itu respons pelakon dan usahawan, Boy Iman atau nama lengkapnya, Norul Iman Abdul Rahman tentang pengumuman rasmi penarikan balik darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu yang kini heboh diperkatakan.

Kata Boy Iman lagi, dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. Dakwanya, enarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.

“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, Boy Iman memaklumkan, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditarik balik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” ujarnya.

Terdahulu, selain Boy Iman, pelakon yang juga penerbit popular Farid Kamil juga merupakan antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu kenyataan berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI