fbpx

Filem web Yi Qi rai ketibaan tahun lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Petronas menerbitkan sebuah filem web Yi Qi yang bertemakan penya­tuan, keberanian, harapan dan daya tahan.

Ia diinspirasikan daripada tarian singa, yang mana para penarinya sentiasa bangkit semula apabila tersalah langkah dengan iringan paluan gendang yang sentiasa memberi semangat kepada kepada mereka.

Yi Qi, yang boleh diterjemahkan kepada semangat ‘bangkit bersama’ itu merupakan simbolik kepada semangat, daya tahan dan harapan yang perlu dipupuk dalam masyarakat bagi menghadapi cabaran ekonomi serta pandemik Co­vid-19 secara bersama.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap filem web berkenaan dapat mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mencari keberanian bagi permulaan baharu dalam situasi sukar sekarang.

“Ketika rentak kehidupan kita telah berubah sejak tahun lalu, kita tidak boleh lupa ada­nya semangat dalam diri untuk mencipta irama baharu ketika beradaptasi dengan cara hidup pasca pandemik.

“Kami berharap rakyat Malaysia dapat beroleh semangat baharu daripada filem ini dan terus teguh berdiri meskipun berdepan pelbagai cabaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Yi Qi kini boleh ditonton menerusi laman Facebook dan You Tube Petronas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI