fbpx
Megat Mohd. Irash (kanan) dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan merompak dan menyamar sebagai anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Buruh dituduh merompak dan menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak dan menyamar sebagai anggota polis di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Megat Mohd Irash Mohd. Zainuri , 41, membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Megat Mohd. Irash dituduh merompak seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebanyak RM50.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan berhampiran Kampung Rhu Rendang, Marang pada pukul 1 petang, 3 Februari lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 392 kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Megat Mohd. Irash dituduh menyamar sebagai anggota polis di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua dua sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN